Monday, 11 March 2013

Apabila manusia menghukum seseorang berdasarkan pencapaian saje... =,=''

Bagi sya, Dato' Lee Chong Wei adalah SUPERMAN !! Apa agaknya keajaiban yang telah dilakukan ?

Pertama kali sya dapati peristiwa kekalahan beliau kepada Lim Dan memberi impak yang sangat besar kepada transformasi " nilai hidup " rakyat Malaysia.

Selama ini, masyarakat kita mengutamakan nombor 1. Menang adalah segala-galanya. Jika dalam peperiksaan, markah yang penuh " A " dijadikan benchmark " nilai kejayaan ".
Walaupun ada pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh tetapi resultnya kurang bagus, selalu pelajar ini disisihkan. Dianggap gagal " B "....second class katanya !





Itulah mentalilti kita selama ini. Hanya pandai menghargai kejayaan bukannya usaha seseorang.

Tetapi Dato' Lee Chong Wei mengajar kita sebaliknya. Nilai kita telah diluruskan. Akhirnya kita pandai menghargai usaha gigih beliau yang berhempas-pulas untuk mendapatkan kemenangan. Ramai yang berkata, ' Dato LCW, good job walaupun tak menjadi juara semasa sukan Olimpik di London tahun 2012. Walaupun tewas, tapi Dato' tetap bermain dengan semangat untuk menang ! Itu membuatkan kami semua bangga dgn Dato' ! '

Bagi sya, inilah " kemenangan " daripada Dato' LCW hadiahkan kepada rakyat Malaysia. Meluruskan nilai.
Menghargai bukan setakat " result " TETAPI " effort ".

Benar, Dato' telah mendapat pingat PERAK, tetapi Dato' sebenarnya telah menghadiahkan " pengajaran emas " buat seluruh rakyat Malaysia.

# sahabat sya pernah berkata ---> kalau semua orang nak dapat nombor 1, siapa nak dapat nombor 2 kan??hew hew...sebab nombor 1 hanya ade satu tempat saje ^_^




No comments:

Post a Comment